mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN-SUZIETA BINTI NAWAWI

87979614 3292111230816259 3497904293090951168 o

PERNIAGAAN AISKRIM MALAYSIA ONLINE DI LAMAN SOSIAL

Nama:

SUZIETA BINTI NAWAWI

Umur:

35 Tahun

Ahli:

2020

Latar belakang

Puan Suzieta merupakan suri rumah sepenuh masa. Namun, sejak setahun lepas,  beliau aktif membuat dan menjual aiskrim Malaysia yang pelbagai perisa yang banyak setelah mendapat permintaan pelanggan yang ramai telah mencuba aiskrim beliau dan menyukainya. Jadi, beliau ingin mengembangkan lagi perniagaan kecilnya ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan Ict yang ada di Pusat internet Keratong 5, beliau tidak banyak tahu cara mengembangkan perniagaan .Beliau juga hanya mendapat keuntungan yang sedikit kerana tidak ramai yang mengetahui tentang perniagaan yang dijalankan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Felda Keratong 5, Puan Suzieta telah pandai menggunakan medium perniagaan secara atas talian yang sesuai seperti facebook dan Instagram untuk mempromosi jualan aiskrim Malaysia. .