PERUSAHAAN KEDAI DONUT DAN BAKERI
Nama: |
MOHD PISON BIN KASSIM |
Umur: |
44 Tahun |
Ahli: |
2024 |
Latar belakang
Seorang peniaga yang membuat produk makanan seperti donut dan juga produk bakeri seperti kek dan bomboloni. Menyewa premis kedai untuk proses membuat makanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADi
- Encik Pison baru mula berjinak dalam dunia perniagaan dan ingin mengambil inisiatif mempromosi produk makanan bakeri yang dijual di kedai beliau.
- Tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang bagaimana media social dan digital dapat membantu meningkatkan jualan makanan yang dijual beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADi
- Beliau ingin belajar cara mempromosi kan perniagaannya secara online.
- Encik Pison mula hadir ke NADi felda Keratong 5 bagi mendapatkan bantuan petugas Nadi untuk mengajar beliau cara mempromosi perniagaan beliau secara online.
- Beliau telah mempelajari cara untuk menghasilkan facebook dan juga laman sesawang yang lain seperti tiktok dan Instagram untuk mengembangkan lagi pemasaran bagi perkhidmatan beliau secara online.
- Beliau banyak mempromosi kan produk makanan yang dijual di Facebook
- Mula menerima tempahan melalui online secara tempahan di dalam applikasi facebook.
- Jadi, kedainya mula melakukan penghantaran terus ke rumah apabila mendapat tempahan secara online.