USAHAWAN TERBAIK PI1M
Objektif penganjuran AUPIM 2017 adalah untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian usahawan di kalangan komuniti sekitar Pi1M disamping menyuntik semangat mereka dalam mengejar kecemerlangan ke arah pembangunan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, pihak kami ingin mendapatkan kerjasama semua Pi1M Kluster di Wilayah Timur (rasmi dan tidak rasmi) & semua SP terlibat bagi menjayakan program ini dengan memaklumkan kepada semua Pi1M di kluster masing-masing untuk diuar-uarkan kepada semua usahawan-usahawan di kawasan masing-masing bagi tujuan penyertaan. Untuk makluman, pencalonan bagi penerima anugerah adalah terbuka kepada semua usahawan Malaysia yang berdaftar sebagai ahli Pi1M dan mempunyai produk mereka sendiri.
Mohon rujuk flyer, borang penyertaan dan FAQ bagi Pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) untuk tindakan lanjut (seperti di lampiran).
Dokumen yang sama telah dimuat naik di laman sesawang MCMC di pautan berikut:
Usahawan yang layak dan berminat boleh menghantar penyertaan mereka dengan mengisi salah satu borang seperti berikut:
- Mengisi borang secara dalam talian menerusi pautan https://usahawanpi1m2017.typeform.com/to/QYIcck
- Muat turun borang penyertaan sama ada pdf atau word format dan dihantar kepada emel usahawanpi1m@cmc.gov.my
Untuk makluman semua, hanya permohonan yang dihantar secara dalam talian sahaja akan diproses. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Ogos 2017 (Jumaat sebelum pukul 5.00 petang).