Terdapat pelbagai variasi makanan yang terdapat di Felda Keratong. Tidak kira makanan tradisional ataupun makanan moden, disini terdapat banyak makanan yang dijual dan mendapat tempat di hati penduduk sekitar Felda Keratong. Dengan perkembangan dunia moden masa kini, makanan bukan sahaja perlu dibeli di kedai makan, gerai ataupun pasar, kini di sekitar kawasan Felda Keratong amat aktif dengan aktiviti COD (Cash on Delivery). Pelanggan hanya perlu menempah melalui online dan makanan akan dihantar hingga ke depan pintu rumah anda. Bagi anda yang berminat untuk membeli makanan secara online anda bole menyertai kumpulan whatsapp ataupun FB yang bernama FoodDeliveryKeratong. Di sini antara juadah yang menarik.








