KISAH KEJAYAAN (KEUSAHAWANAN)
NAMA: NOR SALIHA BTE CHE WAN
UMUR: 27 TAHUN
AHLI SEJAK: 2016
Latar Belakang:
Puan Saliha telah menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan sejak 2 tahun yang lalu. Beliau sering membuka gerai di karnival yang selalu diadakan di sekitar kawasan Felda Keratong.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PI:
Sebelum menggunakan media sosial dan mempelajari penggunaan ICT, pendapatan beliau adalah sebanyak rm200 hingga rm300 sebulan sahaja. Namun, selepas melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan yang dianjurkan oleh Pi1M Felda Keratong 5, pendapatan Puan Saliha sudah mencapai ke RM700 ke rm800 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI:
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 5, beliau kini telah memiliki Facebook perniagaan untuk mempromosikan makanan yang dijual.
KISAH KEJAYAAN (KEUSAHAWANAN)
NAMA: NORMASLIZA BINTI KHALID
UMUR: 43 TAHUN
AHLI SEJAK: 2017
Latar Belakang:
Puan Masliza melakukan jualan secara langsung dari rumah ke rumah di sekitar kawasan kampung sahaja.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:
Pada mulanya, Puan Normasliza hanya tahu memasarkan produk kecantikan melalui penjualan secara langsung dari rumah ke rumah di sekitar kawasan kampung dan hanya mampu memperoleh pendapat dari RM200 ke RM300 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI:
Melalui Kelab Keusahawan yang dianjurkan oleh PI1M Felda Keratong 5, beliau dapat mempelajari banyak ilmu bagaimana hendak mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau dapat mempelajari bagaimana memuatnaik produk meggunakan Facebook yang beliau cipta semasa mengambil kelas keusahawanan dalam talian yang dinanjurkan di Pi1m. Kini, pendapatan beliau mampu mencecah ke RM500 ke RM600 sebulan.
KISAH KEJAYAAN (CELIK IT)
NAMA: NORHANI NADIA BT MOHD HASHIM RANI
UMUR: 23 TAHUN
AHLI SEJAK: 2017
Seorang remaja yang baru habis belajar, ingin mencari pekerjaan namun masih tidak dapat pekerjaan kerana kurangnya sijil mengenai kemahiran komputer.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:
Tidak tahu yang di PI1M terdapat perkhidmatan yang boleh mengajar beliau kembali cara menggunakan sistem di dalam komputer. Sudah lama dan kurang mahir menggunakan sister yang terdapat dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI:
Beliau telah mempelajari asas komputer dengan menghadiri kelas asas komputer yang dianjurkan di PI1M Felda Keratong 5. Beliau juga turut diajar cara menghasilkan email dan cara melayari internet, dan turut mengenali komponen komputer, cara menaip surat dengan Microsoft Word dan juga Microsoft Excel.








