Persatuan ( Majlis Belia Felda Malaysia) Felda Keratong 5
Slogan kata “Belia Harapan Negara” menjadi identiti Persatuan Belia Felda Keratong 5 atau kini lebih dikenali secara rasminya sebagai Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Keratong 5. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 9 Januari 1990 dan berpusat di Wisma Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Keratong 5. Persatuan ini dianggotai oleh belia-belia Felda Keratong 5 yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dan kini seramai 120 orang belia lelaki dan belia wanita telah mendaftar sebagai ahli.
Kini MBFM Cawangan Keratong 5 ini diterajui oleh Encik Saufi b. Muhd Bukri. MBFM akan mengadakan mesyuarat agong tahunan sekali setahun. Persatuan belia akan selalu mengadakan perlawanan bola sepak setiap bulan. Pelbagai sumbangan dari segi tenaga dan buah fikiran yang diberikan oleh MBFM banyak membantu memajukan Felda Keratong 5. Pada tahun 2009, MBFM Cawangan Keratong 5 pernah menerima anugerah Belia Terbaik Wilayah Kuantan pada tahun 2009.