SEORANG JURURAWAT YANG SELALU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DI NADI
|
Nama: |
Siti Zaleha binti Bakar |
|
Umur: |
47 Tahun |
|
Ahli: |
2019 |
Latar belakang
Puan Siti selalu datang ke NADI untuk melayari internet dan juga mengisi data dalam sistem online untuk urusan kerjanya. Beliau juga selalu mengunjungi NADI bagi mendapat liputan internet yang lebih baik .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
- Sebelum ini, Puan Siti selalu mendapatkan pertolongan daripada petugas untuk mengajar beliau untuk melayari internet kerana dalam bidang pekerjaan beliau jarang terdedah dengan sistem komputer.
- Beliau sudah lama meningalkan penggunaan komputer dan banyak tidak mengingat cara menggunakan komputer.
- Sistem pekerjaan nya sekarang memerlukan penggunaan komputer untuk isian data pesakit di Klinik tempat puan Siti bekerja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
- Puan Siti ingin lebih belajar Kembali penggunaan internet dan juga asas komputer yang lain. Jadi beliau mula mengambil kursus asas komputer pada hari cuti beliau sabtu dan ahad.
- Beliau mula belajar Kembali asas Microsoft word, Power point dan juga Excel
- Beliau turut mempelajari penggunaan system E government seperti HRmis dan juga sistem dalam bidang kejururawatan secara online.Pihak petugas Nadi banyak membantu Puan siti tentang sistem yang terdapat secara online di laman web.
