MENJUAL MAKANAN SEJUKBEKU (MEATBALL)
|
Nama: |
HASLINDA BTE HASHIM |
|
Umur: |
42 Tahun |
|
Ahli: |
2016 |
Latar belakang
Puan Haslinda adalah seorang peniaga makanan produk frozen khususnya ‘meatball’ daging dan ayam..
Beliau pada mulanya, hanya berniaga dari rumah ke rumah, namun setelah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Pi1M, beliau telah memasarkan produk menggunakan laman sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja.Tidak tahu cara menggunakan laman sosial untuk memasarkan produk.Tidak mahir menggunakan Microsoft Office Word, Power Point, Excell
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Keratong 5, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 ke RM1000.
