mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- NOORLILAH BINTI MOHD NOR

WhatsApp Image 2020-07-24 at 9.16.56 AM

PERNIAGAAN PERKHIDMATAN MAKANAN BASAH ( AYAM GOLEK BEREMPAH)

Nama:

NOORLILAH BINTI MOHD NOOR

Umur:

41 Tahun

Ahli:

2016

Latar belakang

Puan Noorlilah menjalankan jualan secara langsung dari rumah ke rumah di sekitar kampung sahaja. Selain itu, belliau juga mmepunyai kedai di hadapan rumahnya. Beliau dan suami juga menyediakan perkhidmatan ayam golek di majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, Puan Noorlilah hanya tahu memasarkan produk makanan dan pkrkhidmatan beliau melalui penjualan secara langsung dari rumah ke rumah di sekitar kawasan kampong beliau. Pendapatan nya juga sekitar RM200-RM300 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Felda Keratong 5,Puan Noorlilah dapat mempelajari banyak perkara dan  menimba ilmu bagaimana hendak mengembangkan lagi perniagaan beliau. Selain itu,beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet yang laju untuk memuat naik gambar produk di Akaun Facebook yang beliau cipta semasa mengambil kelas keusahawan dalam talian yang dianjurkan oleh pihak Pi. Kini, pendapatan beliau mampu mencecah RM500- RM1000 sebulan