PERNIAGAAN TUDUNG SARUNG SECARA ONLINE
Nama: |
Nor Azizah binti Ahmad |
Umur: |
35 Tahun |
Ahli: |
2020 |
Latar belakang
Puan Azizah merupakan suri rumah sepenuh masa yang baru berjinak jinak dalam dunia perniagaan secara kecil kecilan menjual tudung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pada mulanya, Puan Azizah yang mengambil stok tudung dari pembekal berdekatan dengan tempat tinggalnya .Beliau hanya menjual tudung kepada jiran jiran di kawasan kejiranan. Pendapatan nya juga sekitar RM200 saja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Felda Keratong 5,Puan Azizah dapat mempelajari banyak perkara dan menimba ilmu bagaimana hendak mengembangkan lagi perniagaan beliau. Selain itu,beliau mula belajar menggunakan perkhidmatan internet untuk memuat naik gambar produk tudung yang dijual beliau di Akaun Facebook yang beliau cipta semasa mengambil kelas keusahawan dalam talian yang dianjurkan oleh pihak Pi. Kini, pendapatan beliau mampu mencecah RM1000 sebulan melalui tempahan online yang diterima beliau.