PEMBEKAL TELUR AYAM SECARA ONLINE
Nama: |
Sarifah Umi Suhaila Bt Zakaria |
Umur: |
39 Tahun |
Ahli: |
2016 |
Latar belakang
Seorang suri rumah yang hanya membantu suaminya berniaga dengan cara membekalkan telur ayam kepada penduduk setempat jika mendapat tempahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak banyak terdedah dengan penggunaan ict, namun bila adanya Pusat Internet, beliau mula berminat untuk mempelajari asas komputer dan ICt. Beliau tidak pernah mengiklan perkhidmatan penghantaran telur ayam yang disediakan ke mana mana laman social.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bukan sahaja belajar komputer, Puan Umi juga banyak menyertai dengan program keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet.Beliau telah mahir juga mengunakan telefon mudah alih selepas mempelajari asas ICT.Beliau juga turut diajar cara melayari internet dan telah diajar untuk mencipta laman social Facebook.Sejak dari itu dia banyak mengambil tempahan melalui online.