PERNIAGAAN PAKAIAN ONLINE
|
Nama: |
Siti Afifah bt Sohaimi |
|
Umur: |
39 Tahun |
|
Ahli: |
2016 |
Latar belakang
Seorang suri rumah yang ingin menambah sumber pendapatan harian. Pada mulanya tiada idea untuk membuat perniagaan apa. Tapi selepas menyertai program anjuran di pusat internet, beliau mula timbul idea untuk berniaga pakaian secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak banyak terdedah dengan penggunaan ict, namun bila adanya Pusat Internet, beliau mula berminat untuk mempelajari asas komputer dan juga banyak menyertai program Keusahawanan yang dianjurkan di pusat internet. Hanya menggunakan laman social Facebook untuk berinteraksi dengan rakan rakan tapi bila timbul idea untuk berniaga online, beliau gunakan laman social facebook nye sebagai facebook untuk jualan pakaian online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Afifah banyak menyertai dengan program keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet Felda Keratong 5.Banyak mempelajari cara memperkembangkan perniagaan melalui internet dan belajar tentang asas perniagaan online. Beliau juga turut diajar mencipta laman social Instagram.
