PERNIAGAAN BEKAM DAN URUTAN MODEN SERTA PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL
Nama: |
Wan Nur Syahida Hj.Yusoff |
Umur: |
30 Tahun |
Ahli: |
2022 |
Latar belakang
Seorang suri rumah yang bersama membantu Suami mengusahakan perusahaan Rumah Sihat Bekam di Premis rumah sahaja pada awalnya. Mereka juga turut menyediakan servis ke rumah rumah untuk bagi yang memerlukan servis bekam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
- Menyediakan perkhidmatan bekam dari rumah ke rumah dan pada awalnya perkhidmatan bekam hanya diketahui di sekitar perumahan mereka sahaja.
- Lama kelamaan, setelah datang ke Pedi, mula belajar cara mempromosi kan perniagaan bekam mereka ke laman social facebook..
- Tidak pernah menggunakan laman web atau laman sesawang yang sedia ada untuk menunjukkan atau mempromosikan perkhidmatan bekam dan juga produk yang dijual mereka.
- Tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang bagaimana media social dan digital dapat membantu meningkatkan nilai jualan perniagaan mereka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
- Puan Syahida telah mempelajari cara untuk menghasilkan facebook dan juga laman sesawang yang lain untuk mengembangkan lagi pemasaran bagi perkhidmatan beliau secara online.
- Melalui laman social beliau sendiri iaitu facebook, Puan Syahida dapat menarik ramai pelanggan yang berminat untuk menempah secara online perkhidmatan Bekam Moden dan juga tradisional.
- Ada juga beliau menerima tempahan secara online atas produk kesihatan yang dijual melalui Facebook.