Persatuan Wanita atau lebih dikenali sebagai GPW (Gerakan Persatuan Wanita) telah ditubuhkan pada tahun 1979 dan kini berpusat di Pejabat GPW, Bangunan Wisma JKKR Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.
Bertujuan membangunkan dan memajukan golongan wanita di komuniti masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. Kini, lebih 200 orang wanita telah mendaftar sebagai ahli yang diterajui oleh Puan Hajah Norhayati.
Persatuan ini berfungsi sebagai penggerak, perangsang dan satu badan untuk memajukan golongan wanita terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosial. Antara aktiviti dan khidmat yang telah dijalankan adalah mesyuarat bulanan, bacaan Yassin setiap minggu pada hari Jumaat, gotong-royong perdana.
(Sumber : Pengerusi GPW dan Wisma JKKR Felda Keratong 5)